Friday, March 23, 2012

10 NOVEMBER 2018 Pembekal Sos Merah Klasik, Sos Special Rojak Petis PENANG & Kacang Panggang Kisar Bergula Untuk SENGKUANG CALIT



UPDATED 10/11/2018
09.30PM
DADDY DIN SENGKUANG CALIT



PEMACU INDUSTRI DAN PEMBEKAL NO 1 
BAHAN-BAHAN SENGKUANG CALIT DI MALAYSIA

(DEALERS PALING RAMAI PUN YE JUGA...PASAL PALING MURAH DAN SENANG NAK MULA)





TERDAPAT DUA PILIHAN PERISA SOS UNTUK SENGKUANG CALIT KEPING DADDY DIN.

(1) SOS MERAH KLASIK - RESEPI ASLI
(RASANYA MASAM MASIN MANIS BILA DIMAKAN BERSAMA KACANG PANGGANG KISAR BERGULA)

(2) SOS HITAM SPECIAL ROJAK PETIS PENANG - BEST SELLER SETIAP NEGERI
(RASANYA LEMAK MANIS PEDAS SEDERHANA BILA DIMAKAN BERSAMA KACANG PANGGANG KISAR BERGULA)



"SMS / WHATSAPP SAHAJA KERANA SAYA MEMERLUKAN BUKTI HITAM PUTIH ORDER ANDA DAN MUDAH UNTUK COPY PASTE JAWAPAN ATAU GAMBAR BAGI SOALAN ASAS YG BERULANG SERTA MUDAH UNTUK ANDA RUJUK REKOD SMS / WHATSAPP JIKA TERLUPA APA2 MAKLUMAT YANG TELAH DISAMPAIKAN..."





*********************************************************************************




UNTUK MEREKA YANG INGIN BERNIAGA SENDIRI







KENAPA ANDA PERLU BERNIAGA!





 








*****************************************************




ADA MASA DEPAN KE BERNIAGA KECIL-KECILAN STANDARD TEPI JALAN?




Selepas selesai, saya balik rumah untuk tengok dan bagi makan minum isteri yang tengah sarat nak melahirkan, sebelum keluar semula untuk bekerja part-time di Burger King KLCC sebagai tukang letak patty dan tolak tong sampah hijau besar ke basement KLCC. Saya tidak boleh memilih pekerjaan ofis ketika itu kerana faktor masa dan lokasi, kerana isteri selalu keluar masuk hospital ketika mengandung  kerana pelbagai masalah kesihatan.
Ini merupakan pekerjaan terakhir saya makan gaji. Ogos 2008.








 Satu2nya kereta yang kami sekeluarga ada sebelum ini...Kereta second hand milik isteri yang selalu sangat rosak...setahun kekadang sampai 5-6 kali towing...kereta wira milik saya pula dah kena tarik bank tahun 2007 pasal tak mampu bayar...gaji kerani bank masa tu lepas tolak EPF SOCSO tinggal RM850 je....



Anak yang dah lali sangat naik towing...menitis air mata kekadang tengok nasib dia...tapi dari titisan air mata ini lah yang jadi kekuatan saya untuk terus cekal berniaga siang malam hujan panas....


 
Bila kereta kat bengkel, beginilah kami anak beranak ke mana-mana...Meredah hujan lebat balik dari tadika/nursery...Nak tunggu reda tak boleh pasal saya nak kena segera siapkan order pelanggan di rumah...





 KERETA ROSAK, TETAPI BISNES HARUS DITERUSKAN. DEALERS SELURUH MALAYSIA BERGANTUNG KEPADA SAYA MENCARI REZEKI. SEDAYA UPAYA SAYA CUBA UNTUK TIDAK MENGHAMPAKAN MEREKA.

 


 ALHAMDULILLAH...BERKAT BERNIAGA KECIL2AN TANPA JEMU...SEKARANG HIDUP KAMI SEKELUARGA BERTAMBAH BAIK.

INDIVIDU PERTAMA DI MALAYSIA YANG DILULUSKAN PINJAMAN KERETA BARU ATAS KAPASITI SEBAGAI PENJUAL SENGKUANG CALIT SEMATA2....HANYA BERBEKALKAN SIJIL DAFTAR SYARIKAT SSM, STATEMENT SAVING ACCOUNT SELAMA SETAHUN DAN BISNES KAD 

BOLEH RUJUK MAYBANK KALAU KURANG PERCAYA...ANSURAN SEBULAN RM467.00 SAHAJA.

ANDA JUGA BOLEH BERJAYA SEPERTI SAYA...ASALKAN BERDISIPLIN MASUK DUIT DALAM AKAUN SERTA CCRIS DAN CTOS CLEAR YER...







Saya juga telah membeli sebuah rumah jenis lama 20 x 70 double storey dengan nilai semasa RM550k atas nama isteri, bayaran bulanan bank RM2.5k, dengan jarak kediaman hanya 10 minit ke KLCC, 100 meter ke stesen LRT.


Kami turut membeli sebuah tanah lot banglo di kampung isteri di  Pekan Pahang untuk tujuan pelaburan atau persaraan di masa hadapan, jika ditakdirkan satu hari nanti kos untuk hidup di KL terlalu tinggi..








Melancong ke Korea Selatan setelah berjaya menyelesaikan tunggakan ansuran PTPTN. (Tunggakan ansuran je, bukan jumlah penuh yer..huhu)



Masyarakat kita sekarang kebanyakannya hanya memandang luaran...Memandang tinggi mereka yang memakai pakaian berjenama, rambut berkilat, berkereta mewah, motor superbike, tapi sebenarnya masih duduk menyewa...tinggal di flat...setinggan...masih tinggal dengan ibu bapa...alangkah elok jika duit lebihan setiap bulan mereka disimpan dahulu untuk membeli hartanah sebelum membeli kereta mewah dan motor superbike.

Tidak sedikit pun niat menghina, sekadar membuktikan bahawa perniagaan jalanan menjual jajan pun boleh menjamin masa depan jika kena cara pengendaliannya. Tidak semestinya pakaian penjaja tu buruk, maka dia tidak berharta...tidak semestinya jika dia berniaga naik motor di tepi jalan, maka dia tidak berpendidikan dan tidak mempunyai masa depan...

Yang gigih memperjuangkan skim cepat kaya, menganiaya mereka yang jahil dengan bergambar dengan wang ringgit dan kereta-kereta mewah, saya cabar anda mengemukakan bukti pembelian hartanah hasil daripada skim hebat "goyang kaki dapat duit" anda...

Tak boleh kan?Pasal pedooh je semua tu...buang masa...buang duit...naya orang...

Bukan riak, sekadar faktor pendorong atau motivasi untuk mereka yang bersungguh ingin pergi jauh dalam bidang perniagaan kecil-kecilan. Saya masih juga mempunyai hutang2 lain untuk diselesaikan dan keinginan untuk menjadi insan yang BEBAS HUTANG menjadi semangat buat saya untuk terus mengusahakan perniagaan ini...









*****************************


SAPUAN SOS MERAH KLASIK DAN TABURAN KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA YANG MENYELURUH = SENGKUANG CALIT


 

Rancangan 'Nasi Lemak Kopi O TV9' untuk segmen "Duit" membuat liputan ringkas tentang perniagaan Daddy Din Sengkuang Calit untuk siaran pagi ahad 16/02/2014

(maaf, visual dan audio kurang memuaskan kerana setting ditukar kepada resolusi rendah bagi memudahkan uploading ke blog. Dan jangan ikut Puan Ain campur calit dua sos...sebenarnya jangan campur kedua sos merah dan sos special rojak,  tapi kemungkinan beliau gementar bila berada di depan kamera...hihi)





Membekalkan bahan2 sengkuang calit untuk majlis harijadi anak kepada artis Elyana.




Pelakon drama dan filem yg sering membawa watak komedi akak Siti Chubby...baru berjinak2 nak berniaga sengkuang calit bagi mencari rezeki ketika tiada tawaran berlakon...demi masa depan anak2 beliau...





Bersama dealer Encik Sofian dan isteri Puan Hanis...Katering untuk Media Prima Berhad (Group HR).




**************************************************************************************



Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya. Straight to the point. Anda mungkin pernah makan sengkuang calit yang guna sos merah dan ditabur kacang..Tapi kerana kekangan masa, anda tidak berkesempatan untuk kembali ke tempat yang menjual sengkuang calit tersebut..Well, sekarang anda tidak perlu risau kerana anda boleh menikmatinya bila-bila masa yang anda inginkan! Ya, saya membekalkan sos merah sengkuang ke seluruh Malaysia dan antarabangsa where possible..Sos merah yang pekat dan  dibuat segar selepas menerima tempahan serta dijamin sedap atau wang anda dikembalikan...(jangan dah habis separuh pastu baru kata tak sedap plak yer...)





Perhatian: Bagi yang belum pernah langsung merasa sos merah klasik, jangan cepat menilai hanya dengan merasa sos sahaja. Rasa sos itu saja memang masin masam, tapi itulah rasa sos merah klasik yang sebenar. Yang tak pernah rasa sos merah klasik ni kekadang kata sos dah rosakla, itu inila...Ginilah, macam makan budu..baunya cukup menusuk hidung..ada orang suka sehingga makan menjilat jari, namun ada yang langsung tak boleh bau..(tapi jangan salah anggap, sos merah klasik takdela bau macam budu..bau biasa je..macam bau buah jeruk..)  Calit dahulu sos merah klasik pada sengkuang yang telah direndam air sejuk, taburkan kacang panggang tumbuk bergula, dan mulakan proses mengunyah perlahan-lahan. Campuran semua bahan tadi akan menyebabkan anda merasakan suatu perasaan macam nak tambah lagi walaupun rahang mulut anda dah lenguh mengunyah...







*********************************************************


HARGA SEKILO SETIAP BAHAN-BAHAN*

*(TERTAKLUK KEPADA POLISI KERAJAAN YANG CACAMARBA DAN PERUBAHAN TERKINI KADAR NILAI MATAWANG RINGGIT YANG BERGANTUNG KEPADA SENTIMEN PELABUR, KERANA BAHAN2 MENTAH SAYA MAJORITINYA DIIMPORT DARI LUAR NEGARA...) 

(DALAM BEKAS BULAT TUTUP MERAH)

SOS MERAH KLASIK : RM10.50

SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG : RM15.50

KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA:TIADA DALAM BEKAS

  
 (KALAU NAK SOS DALAM PLASTIK IKAT GETAH, SETIAP SEKILO TOLAK RM1.00 KOS BEKAS)


SOS MERAH KLASIK : RM9.50 SEKILO DALAM PLASTIK

SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG PEKAT : RM14.50 SEKILO DALAM PLASTIK

KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA : RM14.00 SEKILO DALAM PLASTIK 

NI RUPA DALAM PLASTIK IKAT GETAH



MINIMUM ORDER UNTUK COD IALAH SATU UNIT DIY  MAKAN SENDIRI RM28,

 ATAU 

UNTUK YANG SEKILO2 KENA TOTAL 4 KILO, TAK KISAH CAMPUR2....

(BUKANNYA SETIAP JENIS SOS MERAH, ROJAK DAN KACANG MESTI 4 KILO = 12 KILO YE...JANGAN SALAH FAHAM...)

SAYA MEMERLUKAN BAYARAN 70% DARI JUMLAH ORDER ATAU FULL PAYMENT SEBAGAI TANDA SERIUS ORDER. JIKA ANDA CANCEL ORDER LAST MINUTE ATAU TAK JADI DATANG COLLECT PADA TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN, ALIRAN MODAL SAYA TIDAK AKAN TERGANGGU.

JIWA TAK SAKIT....HATI TAK KACAU....ADER PAHEM?



******************************************************

Penghantaran Secara COD


Saya hanya membuat penghantaran ke LOKASI-LOKASI SEPERTI BERIKUT SAHAJA
(COD BY CONFIRMED APPOINTMENT SAHAJA SEHARI@DUA SEBELUM COLLECTION)

(1) STESEN PETRONAS TESCO EXTRA AMPANG - KALAU NAIK MOTOR/KERETA

(2) STESEN LRT PANDAN JAYA - KALAU NAIK PUBLIC TRANSPORT


ISNIN-KHAMIS

(SLOT PETANG) 2.45 PETANG SEHINGGA 5.00 PETANG 

(SLOT MALAM) 8.30 MALAM SEHINGGA 10.30 MALAM 

JUMAAT 

(SLOT PETANG) 2.30 PETANG SEHINGGA 4.00 PETANG

(SLOT MALAM) 8.30 MALAM SEHINGGA 10.30 MALAM 

SABTU-AHAD BERGANTUNG KEPADA AVAILABILITY. KALAU MAKLUM AWAL SEHARI DUA SEBELUM, SAYA BOLEH RANCANG JADUAL PERJALANAN SAYA DENGAN KELUARGA. TIADA GUNA SAYA BERNIAGA SENDIRI TAPI MASIH TIDAK DAPAT MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA.

DON'T EXPECT SAYA UNTUK BUANG MASA MENUNGGU SEHARIAN DI RUMAH HANYA KERANA ANDA TIDAK PASTI UNTUK DATANG JAM BERAPA AGAK2...

KALAU SAYA OUTSTATION, SAYA BOLEH WAKILKAN ADIK SAYA JIKA DIA FREE KETIKA ITU...YANG PENTING, SET APPOINTMENT BEBERAPA HARI AWAL TERLEBIH DAHULU...




KENAPA DADDY TAK BOLEH BUAT PENGHANTARAN COD KE TEMPAT LAIN?

 SELAIN DARIPADA MASALAH GOUT SERIUS DI KAKI YANG MENYEBABKAN SAYA TIDAK BOLEH JALAN JAUH ATAU MENUNGGANG MOTOR /DRIVE KERETA LAMA TEKAN MINYAK DAN BRAKE BERULANGKALI KERANA SANGKUT KESESAKAN JALANRAYA,


KAUNTER PERTANYAAN WHATSAPP/ CALL SAYA

SOURCING & BUYING DEPARTMENT : SAYA 

PRODUCTION & PACKAGING DEPARTMENT: SAYA

ADMIN & FINANCE DEPARTMENT : SAYA

RISK MANAGEMENT DEPARTMENT : SAYA

SALES & AFTER SALES DEPARTMENT : SAYA

MARKETING DEPARTMENT : SAYA

DELIVERY & COURIER DEPARTMENT : SAYA

HANTAR / JEMPUTANAK (8THN) PERGI BALIKSEKOLAH: SAYA

BASUH /JEMUR / ANGKAT KAIN : SAYA

BELI/MASAK DAN BAGI ANAK MAKAN  : SAYA

LAYAN ANAK MAIN & BUAT HOMEWORK : SAYA



Gua one man show brother...tiada pekerja nak handle production...tak boleh tinggalkan dapur lama2 nanti terbako...

Gua tiada bibik nak kemas jaga rumah...biasanya suratkhabar beli 3 hari lepas baru dapat baca hari ini...cerita kat Astro asik rekod je...tapi nak tengoknya entah bila....


(ISTERI SAYA SAKIT SLIP DISCS TULANG BELAKANG KRONIK, OPERATE 4 KALI DAN PERNAH PATAH TULANG KECIL BUKU LALI JATUH TANGGA...SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH BERDIRI LAMA...TAK BOLEH BUAT KERJA BERAT...BALIK KERJA BANK DAH LAMBAT...JADI KITA SEBAGAI SUAMI CUBA BANTU RINGANKAN MANA YANG TERMAMPU...)









******************************************************

KHAS UNTUK MEREKA YANG INGIN BERNIAGA BORONG:

DISKAUN HEBAT RM5.00 dari harga runcit plastik untuk pembelian minimum setiap 10 kilo sos merah klasik @ 10 kilo ibu kuah rojak petis Penang Special @10 kilo kacang panggang tumbuk bergula...KIRA DISKAUN RM0.50 PER KILO LA YE SENANG CITER...

* Bahan2 akan diisi dalam plastik, BUKAN bekas tupperware dan anda boleh membuat penjenamaan semula jika perlu... 

TIDAK BOLEH CAMPUR2...SETIAP JENIS MESTI ORDER GENAP 10 KILO BAGI MELAYAKKAN ANDA MENDAPAT DISKAUN HEBAT INI...

HARGA BORONG via SELF COLLECT

10kilo sos merah dalam plastik lepas diskaun RM5.00 : RM90 (Harga sebelum diskaun RM95)

10 kilo sos special rojak petis penang dalam plastik  lepas diskaun RM5.00 : RM140 (Harga sebelum diskaun RM145)

10kilo kacang panggang tumbuk bergula dalam plastik lepas diskaun RM5.00 : RM135
(Harga sebelum diskaun RM140)

HARGA DISKAUN DI ATAS HANYA UNTUK MEREKA YANG SELF COLLECT SAHAJA TAU!!!


UNTUK MEREKA YANG ORDER MELALUI KURIER PULA, ANDA JUGA BOLEH MENDAPAT DISKAUN HEBAT RM4.50, CUMA BERBEZA SEDIKIT JUMLAH DISKAUN KERANA SOS DIPACKING DALAM BEKAS DAN KOTAK PRABAYAR POSLAJU HANYA MUAT 9 KILO BEKAS SOS MERAH ATAU SOS SPECIAL ROJAK PADA SATU-SATU MASA.

INI KERANA SOS AKAN PECAH JIKA DIPACKING DALAM PLASTIK KERANA SEBAHAGIAN PEKERJA POSLAJU DAHULUNYA AHLI GUSTI SUMO/JUDO  PROFESIONAL DAN AGAK SUKAR UNTUK MENINGGALKAN TABIAT LAMA MEREKA MENGHEMPAS ORANG....HOK ALOH!


KOS BEKAS TUTUP MERAH MEMANG RM1.00...TU BELUM KIRA SST LAGI...SAYA TAK AMBIK UNTUNG PUN DARI PENGGUNAAN BEKAS. HANYA NIAT MAHU BARANG SAMPAI KE CUSTOMERS DENGAN SELAMAT.


HARGA BORONG via POSLAJU KURIER
(TIDAK TERMASUK CAJ KURIER-RUJUK BAHAGIAN PENGHANTARAN BY KURIER DI SEGMEN AKHIR POSTING INI)

    
9 KILO SOS MERAH DALAM BEKAS LEPAS DISKAUN RM 4.50 : RM90.00 (SEBELUM DISKAUN RM94.50)

9 KILO SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG DALAM BEKAS LEPAS DISKAUN RM 4.50 : RM135.00 (SEBELUM DISKAUN RM139.50)

9 KILO KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA DALAM PLASTIK LEPAS DISKAUN RM 4.50 : RM121.50 (SEBELUM DISKAUN RM126.00)






FAHAM TAK? BAGUS....TAK FAHAM? TU LA...DULU CIKGU SURUH FOKUS BELAJAR DALAM KELAS, HANG MAIN SURAT CINTA....MAIN JELING2...TIDOQ KAT MEJA....LA NI SAPE YG SUSAH....



*********************************************************






BAHAN-BAHAN

Saya tidak boleh menggunakan perkataan 'halal' atau 'dibuat oleh orang Islam' untuk produk saya kerana undang-undang JAKIM hanya mengizinkan premis yang mempunyai sijil halal sahaja boleh berbuat demikian. Walaupun begitu, saya seorang yang beragama Islam dan dalam pengetahuan terbaik saya, tiada bahan-bahan yang haram digunakan dalam pembuatan produk saya. Dan salah satu syarat JAKIM ialah premis perniagaan mesti berasingan dari rumah kediaman, syarat yang memang saya akan gagal sebab saya mengusahakannya dari rumah. Maklumla, usahawan kecil yang belum mampu memiliki modal yang tinggi, tapi insyaallah dengan sokongan anda, saya juga boleh berjaya menjadi seperti usahawan besar yang lain.




KANDUNGAN DALAM SOS MERAH KLASIK
(TAHAN 5 BULAN SUHU BILIK)

1. CILI MACAU 
(RUPA MACAM CILI BENGGALA TAPI TIADA KAT MALAYSIA.DIIMPORT DARI TAIWAN. TIDAK PEDAS. RASA MASAM MASIN)
2. CUKA
3. AIR 
4. GARAM
5. GULA


KANDUNGAN DALAM SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG
(TAHAN 9 BULAN SUHU BILIK)

1. KACANG SOYA
2. KANJI
3. EKSTRAK UDANG
4. SIRAP GLUKOSA
5. TEPUNG UBI
6. BIJAN
7. BAWANG PUTIH
8. SERBUK CILI
9. GARAM
10. GULA
11. KARAMEL
12. AIR


KANDUNGAN KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA
(SEELOKNYA DIHABISKAN DALAM MASA 2 BULAN BAGI ELAK NAIK BAU)

1. KACANG TANAH 
2. GARAM
3. GULA


(Kacang dipanggang secara berpusing melalui mesin panggang jenis industri yang menggunakan api perlahan selama beberapa jam. Kacang kemudian disejukkan beberapa jam di rak kayu secara bersusun sebelum dikisar menggunakan mesin kisar jenis industri. Proses ini memastikan kacang tumbuk yang terhasil tahan lebih lama, berbau harum dan tidak berbau tengik. 

Gula kasar (jenama PRAI sahaja) ditambah kemudian mengikut nisbah yang ditetapkan dan digaul dalam bekas secara manual mengikut jumlah tempahan yang diterima. Nisbah gula kepada kacang memainkan peranan penting kerana jika kekurangan gula, sos merah klasik akan rasa kemasinan. Jika terlebih gula pula, akan hilang keunikan rasa kerana tiada keseimbangan rasa masam, manis, masin pada sos merah klasik yang dicalit.)





PANTANG LARANG!!!


(1)  CALL ATAU SMS SAYA, BAGITAHU DAH BACA BLOG TAPI MASIH BERTANYA PASAL HARGA SETIAP BAHAN, WALAUPUN DAH TERTERA TERANG2AN KAT BAHAGIAN AWAL BLOG DI ATAS.

(2)  BERSIKAP TIDAK SOPAN, BIADAP ATAU MENGADA2 GEDIK BILA BERKOMUNIKASI DENGAN SAYA. BIASANYA MELIBATKAN KAUM WANITA MUDA YANG MASA ZAMAN UNIVERSITINYA SELALU DAPAT CGPA 3.5 KE ATAS DAN MERASAKAN MEREKA BIJAK DALAM SEGALA-GALANYA DI ALAM SEMESTA INI, LANTAS BERSIKAP 'ARROGANT' SERTA 'DEFENSIVE' BILA DIBIMBING ATAU DITEGUR.

(3) MENANYAKAN SOALAN-SOALAN YANG TIDAK MASUK AKAL SEPERTI ;

-   BERAPA JUMLAH JUALAN YANG SAYA BOLEH DAPAT DALAM SEHARI KALAU SAYA BERNIAGA DI LOKASI XXX?

-    KALAU TAK LAKU MACAMMANA YE?

- SEDAPLA SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG NI...RAMAI CUSTOMERS MINTA...BOLEH TAK KONGSI RESEPI?

- TAKDE DISKAUN KE? MANA LA TAHU ENCIK DIN NI BAIK HATI...
(BELI 1-2 KILO JE ADA HATI NAK DISKAUN...)
"PERGI BERAYA KE RUMAH CIK BEDAH, PIGIDAH...!"

(4) TERUS MENGANGGAP SAYA TIDAK MENGHORMATI CUSTOMERS SAYA HANYA KERANA SAYA TIDAK MENJAWAB PANGGILAN TELEFON, TIDAK JAWAB SALAM DI SMS/WHATSAPP, LAMBAT BALAS MESEJ. 

LANGSUNG TIDAK FIKIR SAMAADA SAYA KETIKA ITU BERADA ATAS MOTOR, MEMASAK, TENGAH BERATUR NAK KURIER DAN TANGAN PENUH DENGAN BARANG, ATAU TENGAH SUAP ANAK MAKAN, DAN SEBAGAINYA.

(5) LEBIH BERMINAT NAK CROSS SELL PRODUK KESIHATAN MLM DARIPADA MEMBELI PRODUK SENGKUANG CALIT SAYA.

(6)   WALAUPUN TELAH DIMAKLUMKAN LEBIH AWAL ADA PERUBAHAN HARGA AKIBAT DARI  TEKANAN EKONOMI SEMASA DAN KEJATUHAN NILAI RINGGIT, KETIKA MEREKA DATANG COLLECT COD, MEREKA ENGGAN MEMBAYAR HARGA TERKINI SEBALIKNYA MENDESAK SAYA UNTUK MENJUAL PADA HARGA LAMA, SEHINGGA TEMPOH2 TERTENTU YANG MEREKA TETAPKAN SENDIRI...

"MUSIM JEREBU ANAK TAK SEKOLAH, BOLEH BLAH!"


DALAM DUNIA SAYA, MEMANG CUSTOMERS IS ALWAYS RIGHT - BUT TO A CERTAIN LIMITATION ONLY AND SUBJECT TO BASIC HUMAN COMMON SENSE....



KURIER PAGI DAN SAMPAI KE PELANGGAN PETANG? KEPALA BANANA LU LER!





KORANG PILIH NAK JADI CUSTOMER KATEGORI APA DARI SENARAI DI ATAS....NI NEGARA DEMOKRASI KAN...






**********************************************************************************

"Set Setengah Kilo Daddy Din Sengkuang Calit"

 
 
(SOS MERAH KLASIK+KUAH ROJAK+KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA)
MASING-MASING SETENGAH KILO
 HANYA RM28.00 SAHAJA JIKA COD BY APPOINTMENT  TERUS DENGAN SAYA DI PETRONAS TESCO EXTRA AMPANG ATAU STESEN LRT PANDAN JAYA.

CAJ KURIER RM15. TQVM NAJIB




STICKER LABEL DAH DIMANSUHKAN BAGI MENJIMATKAN KOS PENGELUARAN.








GAMBAR MENUNJUKKAN SET SETENGAH KILO SEBANYAK 20 SET YANG TELAH DITEMPAH OLEH SEORANG CUSTOMER DAN MENDAPAT DISKAUN DARI SAYA YANG MEMBOLEHKAN CUSTOMER TERSEBUT MENDAPAT SEDIKIT KEUNTUNGAN DARI JUALAN YANG DIBUAT.




AWAS BAHAN-BAHAN TIRUAN!

Seperti DVD, bahan sengkuang calit saya juga tidak terlepas dari aktiviti 'cetak rompak' atau tiruan.

 Peniaga-peniaga ini telah melanggar aturan asas hakcipta iaitu menggunakan bahan-bahan yang BUKAN daripada Daddy Din tetapi berniaga menggunakan jenama Daddy Din. 

Mereka mendapat bunting jualan secara sah apabila membeli bahan2 saya pada awalnya, tetapi atas faktor tamak dan cetek akal, mereka kemudiannya menggunakan bahan2 sendiri yang sumbernya entah dari mana dan kualiti yang entah bagaimana, hanya kerana ingin mengaut keuntungan lebih yang tidak seberapa, dan masih terus menggunakan bunting jualan saya.

Ada juga yang lebih maju, sanggup meminta kedai printing mencetak semula bunting saya menggunakan rujukan di internet dan membuat kiosk menggunakan jenama saya...semata2 kerana ingin mengambil kesempatan atas jenama yang telah diusahakan oleh saya.

Mana-mana yang saya telah jumpa, amaran telah diberikan dan kata penyelesaian telah dicapai. Yang saya tak jumpa tu, saya alu-alukan saluran maklumat dari anda semua jika anda musykil dengan kualiti barangan saya. Ambil gambar mereka yang disyaki menjual barangan tiruan dan mms/whatsapp ke handphone saya bagi tujuan pengesahan. Jika mereka terus berdegil, laporan polis akan dibuat dan saman akan difailkan mengikut AKTA HAKCIPTA 1987 untuk menuntut ganti rugi bagi menjamin kelangsungan perniagaan dan nama baik syarikat yang telah dibina secara susah payah daripada mula.

Ada yang mengambil sebijik2 ilmu percuma dalam blog saya dan menjadikannya sebagai buku panduan perniagaan yang dijual bersama pakej francais ribu2  ringgit...dengan harapan untuk cepat kaya untung atas angin....

  Manusia...oh manusia....

"Masuk restoran KFC...nak makan ayam KFC...tapi dihidangkan dengan ayam McDonalds atau A&W"

...asasnya memang sama...iaitu ayam...tetapi cara penyediaannya dan rasanya berbeza mengikut jenama masing-masing....jadi ayam itu ibarat kacang panggang saya ler...ada faham??? 


*WALAUPUN SEKADAR KACANG TUMBUK, NAMUN ITULAH PEMBOLEH UBAH YANG MENENTUKAN SAMA ADA SEKEPING SENGKUANG CALIT ITU BENAR-BENAR ENAK ATAU SEKADAR BOLEH DIMAKAN LEBIH KURANG SAHAJA.
DISEBABKAN ITU, DADDY DIN TIDAK MENJAMIN KEENAKAN RASA JENAMA-JENAMA LAIN AKAN SAMA SEPERTI RASA SENGKUANG CALIT DI BAWAH JENAMA DADDY DIN.

HARAP MAKLUM.









Sos Special Rojak Petis Penang Pekat





*MONEY BACK GUARANTEE KALAU KUAH ROJAK NI TAK SEDAP!!!

*And please, jika anda compare harga dengan yang berada di rak-rak pasaraya, sila teliti berat dan kepekatan sos rojak tersebut. Saya pun boleh jual lebih murah jika sos rojak saya cair sedikit..betul tak?




Di dalam tong merah (customer punya tong) seperti di atas adalah 20 kilogram ibu kuah rojak petis penang special...siap untuk delivery kepada seorang pegawai keselamatan yang bekerja di putrajaya yang berjaya meraih pendapatan sambilan purata RM500 sebulan dengan hanya repacking botol kecik dan jual rojak buah pada masa lapang...yang penting pendapatan anda dari sumber yang HALAL...bukan berjudi atau skim cepat kaya tipu orang sana sini...





Kiosk di Pertama Kompleks Kuala Lumpur milik Encik Zainuddin (Pak Tam) yang mengambil sos special rojak petis penang 10kilo setiap kali order...







Anda juga boleh mempelbagaikan penggunaan sos special rojak petis penang dengan menjual rojak buah, tauhu bakar dan sotong kangkung...







PERHATIAN KEPADA BAKAL DEALERS


 Sos special rojak petis penang ini pekat teksturnya. Jadi bagi memudahkan anda untuk mencalit ke permukaan sengkuang, tambah air panas dalam 160ml lebih kurang bagi setiap 1kilogram sos special rojak petis penang ini dan gaul sebati menggunakan sudu atau alat yang sesuai. 

Kikis saki baki rojak yang melekat pada sudu menggunakan jari yang bersih supaya masuk semula ke dalam bekas yang digunakan. Elakkan menambah air panas terlalu banyak ke dalam bekas takut rasa rojak menjadi tawar.



Ha satu lagi...jenuh dah dok ulang banyak kali...ada gak yang masih tak faham....

SOS MERAH KLASIK TOLONGLAH JANGAN TAMBAH AIRRRRRRR!!!




DAN JANGAN CAMPUR SOS MERAH KLASIK DENGAN SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG!!!



KALAU CUSTOMER ORDER, TANYA DEPA DAHULU NAK YANG SOS MERAH KLASIK KE, NAK YANG SPECIAL ROJAK PETIS PENANG...KIRA ADA DUA RASA YANG BERLAINAN LA..

(1) SOS MERAH KLASIK + KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA...

(2) SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG + KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA... 

JANGAN IKUT JENAMA LAIN YANG DOK SAPU DUA LAPIS SOS LAIN2...ITU DEPA...FUSION LA...
KREATIF LA...PEMBAHARUAN LA....

ADA YANG BUBUH TEPUNG RANGUP....ADA YANG BUBUH BAWANG GORENG...ADA YANG BUBUH SERBUK CILI...

SAYA PUNYA LAIN...
SAYA NAK KEKALKAN RASA ASAL KLASIK SENGKUANG CALIT BILA BELI MASA BALIK DARI SEKOLAH SEPERTI 30 TAHUN DULU...

ADA FAHAM?





***********************************************************************************



JADI, MAKANYA (DENGAN PELAT INDONESIA YA), KERNA KOSNYA MURAH, SEMUA ORANG BISA TERBANG GITU.....


EH, ITU SLOGAN AIR ASIA...SILAP....SLOGAN DADDY DIN BEGINI YA...KERNA KOSNYA MURAH,

NOW EVERYONE CAN SELL SPREAD JICAMA! 
(SENGKUANG CALIT DAA...)
















KAD SUNTIKAN TYPHOID BAGI PENGENDALI MAKANAN DAN SIJIL KURSUS PENGENDALI MAKANAN











Tips Penyediaan, Pemotongan & Penjagaan Sengkuang Calit











BARANG2 ASAS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN



KALAU TAKUT COOLER YANG MAHAL BERATUS RINGGIT TU DIRAMPAS PENGUATKUASA SEKIRANYA ADA OPERASI, BELI JE KOTAK POLISTERINE SEPERTI DI BAWAH...KALAU X KUAT ANGKAT BELI SAIZ SMALL JE...

NAK BAGII TAHAN LAMA KOTAK POLISTERINE NI, SALOTAPE BAHAGIAN LUAR KOTAK POLISTERINE DAN JUGA BAHAGIAN  PENUTUP POLISTERINE
















SENJATA RAHSIA

3 senjata rahsia untuk memotong sengkuang...bentuk pisau seperti dlm gambar..panjang bilah minimum 20-22cm,panjang handle 10cm jenis kayu atau plastik berkualiti...pisau harus diasah menggunakan pengasah selepas setiap 4-5biji sengkuang yang dipotong kerana kulit sengkuang ada getah yang akan melekat pada mata pisau...roller kayu untuk ketuk pisau masa first time potong tengah sengkuang jika perlu...(free je saya share ilmu ni..byk lg ilmu saya boleh perturunkan kalau anda tidak segan bertanya...)






PISAU FAVOURITE SAYA....





TIPS UNTUK PENIAGA

- Berat sengkuang yang ideal untuk berniaga ialah antara 1.3kg-1.5kg dengan purata potongan 10 keping beso tapak tangan. Harga jualan yang disyorkan RM 1.50 sekeping untuk sos merah klasik dan RM2.00 untuk sos special rojak, ataupun sama harga RM2.00 untuk kedua jenis sos.


- Kalau rasa lokasi tempat berniaga lebih sesuai kalau jual lebih murah seperti RM 1.00 sekeping untuk sos merah klasik dan RM1.50 untuk sos special rojak, beli sengkuang yang berat sebiji lebih kurang 1.0 - 1.2 kg sahaja.

- Walau bagaimanapun, keputusan akhir berkenaan harga jualan tertakluk kepada anda kerana kos keseluruhan yang ditanggung berbeza antara satu sama lain...saper yang berniaga nak rugi ye dok? Ayat paling selamat nak beritahu pelanggan adalah " Harga mengikut saiz kepingan sengkuang"


Ini rupa biasa sengkuang yang diliputi tanah dan pasir yang dibeli di pasar borong.
















- Basuh sengkuang kali pertama menggunakan air paip bagi membersihkan pasir dan kotoran lain.





- Gunakan sarung tangan bagi melindungi jari jemari anda dari mengalami kesan seperti melecet/melecur kerana terkena getah dr kulit sengkuang jika memotong banyak biji buah. kalau potong 2-3 biji je tak pakai sarung tangan pun xpe...


JARI JEMARI SAYA YANG MERAH MELECET/MELECUR KERANA TERLUPA MEMAKAI SARUNG TANGAN BAGI MEMOTONG 20 BIJI BUAH SENGKUANG SECARA BERTERUSAN UNTUK JAMUAN RUMAH TERBUKA....

- Potong kulit luaran sengkuang menggunakan pisau yang besar dan tajam seperti gambar di atas.




- Basuh sekali lagi menggunakan air bertapis bagi memanjangkan lagi jangka hayat sengkuang. Pasal kalau guna air x bertapis, segala macam kotoran halus akan melekat pada isi sengkuang.


- Potong dua sengkuang. Kalau tak nak potong dua tapi nak start potong dari tepi pun boleh...mana yang anda rasa sesuai...Perasan tak panjang pisau melebihi lebar sengkuang...kalau guna pisau pendek walaupun tajam memang payah ler...Ketuk atas pisau guna benda keras jika perlu.






- Potong keping mengikut ketebalan yang difikirkan sesuai. Saiz sedang gitu...Jangan tebal sangat,kang rugi...Jangan nipis sangat,kang customers bising..."yang sedang2 saja...yang penting, dia setia.."eh,lagu dangdut plak kuar...hihi..







- Kekadang ada buah sengkuang yang ada tompok kuning kecil begini...Biasanya menunjukkan buah yag dah matang sangat tetapi masih boleh dimakan keseluruhannya..tiada beza kualiti...setakat tompok kecil begitu masih boleh dijual..Jelaskan kepada customer elok2 kalau depa bertanya...tapi kalau dapat yang tompok kuning besar sangat janganlah jual..tu menunjukkan buah tu dah lama sangat...sebab tu bila kita beli sengkuang kena pilih sendiri yang nampak elok...jangan bagi penjual pilih sendiri..biasanya mereka nak clearkan stok yang lama dulu...



- Kepingan yang kecil atau patah jangan dibuang kerana boleh dijual/dimakan berasingan. Jual 2-3-4 ketul kepingan kecil bagi menyamai saiz standard apabila kepingan standard habis ATAU tambah 1 keping saiz kecik bagi mencukupi saiz yang hampir standard.






- Sentiasa asah pisau yang digunakan selepas memotong 4-5biji sengkuang kerana pisau akan cepat tumpul dengan sengkuang.


- Simpan kepingan sengkuang yang telah dipotong dalam cooler/kotak polisterine yang diisi ais untuk dibawa ke tempat jualan. Seeloknya bawa lebihan ais dalam cooler/kotak polisterine berasingan bagi tujuan menambah ais ke dalam cooler/kotak polisterine berisi kepingan sengkuang bagi memanjangkan hayatnya. 


- Ini kerana sepanjang tempoh jualan, cooler/kotak polisterine berisi kepingan sengkuang akan dibuka dan ditutup berulangkali dan menyebabkan ais cair dan suhu sejuk akan berkurangan.

- Jika sengkuang tak habis dijual, balik rumah jangan terus nak lepak2 dan tido dulu...penat camne pun, simpan sengkuang dalam bekas tupperware bertutup berisi air rendaman sejuk/berais....simpan dalam peti ais bahagian CHILLER...(INGAT, KEPINGAN SENGKUANG MESTI SENTIASA TERENDAM DALAM AIR SEJUK BERAIS!!!) Kepingan sengkuang boleh bertahan sehingga 5-7 hari jika  anda mengamalkan petua ini...

- Keesokan harinya gunakan bahan yang sesuai untuk bahagi dua bahagian dalam cooler/kotak polisterine. First in first out. Jangan campur kepingan sengkuang yang lama dengan yang baru. Anda juga boleh menggunakan cooler/kotak polisterine berasingan bagi membezakan yang mana mengandungi kepingan sengkuang terdahulu dan baru.

- Kepingan sengkuang akan mudah"kiok mampuih" pada suhu panas tanpa ais/air sejuk berais. Jadi rajin2la refill ais dan buang air jika ais sudah cair dan suhu air sudah tidak sejuk lagi.









- Saya menggunakan senduk leper nasi untuk memudahkan kerja mencalit. Anda juga boleh menggunakan senduk leper jenis lain.Senduk yang tidak menggerutu lebih elok sebenarnya. Yang dalam gambar tu menggerutu punya.Terpaksa guna pasa cari2 yang licin tak jumpa2 daaa....




- Saya menggunakan kertas alas nasi yang paling murah dan gunting empat bahagian untuk digunaan sebagai alas sengkuang calit. Anda boleh juga menggunakan bahan lain yang difikirkan sesuai.. Yang penting murah... Jangan buang duit untuk perkara yang tidak perlu...





Ini namanya plastik sebelah...boleh tanya kat kedai jual plastik...memang sesuai digunakan untuk alas sengkuang calit...ukuran yang biasa ialah 8"x8" atau 10"x10"...harga semasa dalam RM3.50-RM4.00 untuk 500gram namun bergantung kepada lokasi....






Guna penyepit besi yang bergerigi bagi memudahkan cengkaman. Kalau guna sarung tangan plastik bagi mengambil sengkuang, akan menyusahkan anda untuk menukar duit jualan dan sebagainya.






Letakkan kepingan sengkuang di atas alas




-Tuangkan sos merah/special rojak ke atas sengkuang. Jika tidak menggunakan botol untuk sos, celup senduk leper ke dalam bekas tupperware sos dan terus ratakan ke atas permukaan sengkuang.







- Sapu permukaan sos serata mungkin sehingga meliputi keseluruhan permukaan sengkuang. Memang akan messy berkecah sikit, tapi customers akan berpuas hati. Sediakan tisu yang paling murah skali dalam dunia yang anda boleh beli bagi membersihkan tangan anda. Beri tisu kepada customers upon request sahaja.


- Gunakan bekas tupperware yang berkualiti,besar dan kedap udara bagi mengisi kacang panggang tumbuk bergula. 


- Taburkan kacang serata mungkin...Bagi yang berniaga, taburan tak perlu tebal, asalkan rata...melainkan customers special request nak lebih, layankan jela...Balance kacang yang ditaburkan akan masuk semula ke dalam bekas. Segera tutup bekas jika tiada pelanggan seterusnya bagi mengelakkan masuk angin @ lemau (bukan fei mau citer HongKong dulu2 tu tau..).Mengelakkan pembaziran dan ekonomikal.












KALAU ADA KEPINGAN SENGKUANG YANG TIDAK HABIS DIJUAL , SAMPAI SAJA DI RUMAH, BUANG AIR AIS YANG DAH TIDAK SEJUK DALAM KOTAK POLISTERINE/COOLER, DAN GANTIKAN DENGAN AIS BARU. 

ANDA JUGA BOLEH SIMPAN DALAM PETI AIS MENGGUNAKAN TUPPERWARE SEPERTI DALAM GAMBAR DI ATAS. YANG PENTING BEKAS HARUS BERTUTUP DAN BERISI AIR SEJUK/BERAIS.










TERSANGAT PENTING...!!!




YANG INI PALING PENTING...MARKETING ATAU PEMASARAN. JIKA SUDAH MENDAPAT TAPAK NIAGA YANG TETAP, BUAT HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT....NYATAKAN MASA DAN LOKASI PERNIAGAAN ANDA...KALAU TAK MAMPU CETAK FLYERS BERWARNA, CUKUP SEKADAR TAIP KAT MICROSOFT WORD, PRINT SEKEPING, PHOTOSTAT DAN GUNTING EMPAT BAHAGIAN...MASUKKAN DALAM PETI SURAT MEREKA...INSYAALLAH, ANDA AKAN MELIHAT PENINGKATAN DARI SEGI JUALAN DARI SEMASA KE SEMASA....




(LUPA PAKAI SARUNG TANGAN...TERBAKO TANGAN SAYA WEI...SAPE SUH BAGI FLYERS TENGAHARI BUTA YE DOK?)






KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENIAGA SENGKUANG CALIT DAN SEELOKNYA DIELAKKAN SUPAYA TIDAK MENJEJASKAN JUALAN (seriously.....please pay attention....)



1. Tidak menyapu sos merah klasik atau sos special rojak petis penang secara rata dan menyeluruh ke atas permukaan kepingan sengkuang, ATAU menyapu terlalu banyak sos sehingga menyebabkan keuntungan menjadi kurang.


2. Tidak menabur kacang panggang tumbuk bergula secara rata dan menyeluruh ke atas permukaan kepingan sengkuang.

3. Tidak merendam kepingan sengkuang dalam air berais ketika jualan dan menyebabkan sengkuang yang dijual kepada pelanggan tidak segar dan cepat rosak.

4. Terlalu lama mengambil masa bagi menyediakan sekeping sengkuang calit, menyebabkan pelanggan berasa bosan menunggu lama dan membatalkan tempahan.

5. Tidak menutup bekas sos merah/sos special rojak/kacang panggang tumbuk bergula jika tiada pelanggan dan menyebabkan sos masuk angin dan habuk serta kacang cepat menjadi lemau.

6. Tidak mengucapkan terima kasih, tidak mesra dan ramah dengan pelanggan.

7. Berpakaian terlalu selekeh.

8. Bagi yang berniaga menggunakan logo dan jenama Daddy Din, tidak menggunakan kacang panggang tumbuk bergula yang dibekalkan kerana ingin menjimatkan kos yang tidak seberapa. Sebaliknya menggunakan kacang goreng yang ditumbuk sendiri dan digoreng menggunakan kuali dapur yang mungkin tidak menepati piawaian standard yang diterima oleh Daddy Din. Kira menipula senang citer...Allah s.w.t. maha mengetahui dan perbuatan kamu itu tidak berkat...yang terkini sudah 3 orang dealers yang saya telah hentikan bekalan...Pertama kerana telah menjejaskan imej perniagaan saya dengan bahan tiruan yang saya tidak tahu kualitinya bagaimana. Kedua kerana MENIPU saya hidup2...

9. Kejap berniaga...kejap cuti...sampai customers tak tahu jadual sebenar kita berniaga. Customers akan melepaskan geram dengan tidak lagi membeli kerana membuang masa mereka setiap kali datang tapi kita plak asik tutup je....Ini mungkin terjadi kerana sikap tidak sabar,tidak konsisten dan mudah berasa bosan. Bagi mengelakkan perasaan ini timbul, peruntukkan cuti sehari dua dalam seminggu untuk anda berehat. Anda juga boleh merancang untuk mengembangkan cawangan sengkuang calit anda dengan mengupah pekerja ataupun menggunakan keuntungan sengkuang calit bagi membiayai perniagaan lain yang anda minati.

10. Tidak pandai dan kurang berdisiplin dalam mengasingkan modal pusingan yang mencukupi, sebaliknya membelanjakan sebahagian besar keuntungan kasar untuk kegunaan peribadi. Perniagaan akan lambat berkembang atau tidak berkembang langsung. Pi Mai Pi Mai Tang Tu....pastu mula nak berhutang beli bahan dengan saya. Dah la untung saya sebagai supplier ni ciput...kalau semua dealer berhutang sket2 tiap sorang, saya xpayah niaga pun xpela..dok rumah main game bola kat PS4 lagi best tak sakit hati...

















Keuntungan Berniaga Sengkuang Calit

Kadar keuntungan adalah di antara 80%-150% daripada modal (semuanya hak anda, saya tak usik sedikit pun), bergantung cara anda memotong sengkuang serta tidak membazir sos merah serta kacang tumbuk dengan mencalit dan menaburnya secara berlebihan.

Anda boleh juga menjual air minuman seperti air sengkuang cina dengan hirisan seperti gambar di bawah sebagai pendapatan sampingan. Selain menepati tema sengkuang, rasanya juga enak,menyegarkan dan tahan lama serta margin keuntungan 50% (jika anda dapat harga RM0.90-RM1.00 setin beli borong dan jual semula dengan harga RM1.50)




Anda juga boleh berniaga sengkuang calit di pasar malam, pasar pagi, pasar tani atau di taman rekreasi.

Ekonomi saya bertambah stabil selepas saya menambah menu jualan harian dengan sengkuang calit. Kalau saya boleh, mengapa tidak anda?



Pengalaman dan Tips

Saya pernah bekerja di bank-bank terkemuka di Malaysia selama 7 tahun bermula dengan jawatan kerani pinjaman kenderaan, pegawai bahagian kad kredit dan berakhir dengan jawatan sebagai pegawai kanan, bahagian pinjaman perumahan. Dari pengalaman saya bekerja makan gaji dan pengalaman sepanjang membabitkan diri dalam dunia perniagaan, anda tidak perlu habis beribu hanya untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bagi saya semua itu mengarut. Sampai berhutang keliling pinggang semata-mata nak cukupkan modal. Ukurlah baju di badan sendiri. 

Saya sendiri bermula dengan modal RM50 dan bertatih selama 3 tahun untuk sampai ke tahap sekarang.


YANG PAKAI CERMIN MATA TU SAYA LA...BANYAK PENGALAMAN KERJA DAPAT, KENAL ISTERI YANG TERSANGAT MEMAHAMI PUN SEMASA KERJA BANK...SYUKUR ALHAMDULILLAH...

















Sebagai aktivis masyarakat dan terlibat dalam politik buat seketika...(DAH BERSARA SEPENUHNYA) 
Saya sedang memberi penjelasan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika itu YB Ronnie Liu berkenaan isu air yang melanda...wakil MPAJ ketika itu menyatakan masalah di sesetengah kawasan sudah selesai sedangkan hakikatnya tidak sebegitu...sidang akhbar bersama wartawan di menara MPAJ.







 Menghadiri Mesyuarat JKP (Jawatankuasa Penduduk) Zon 23 MPAJ Bil 1/2013 bersama AJK JKP Zon 23 dan Pengarah Jabatan Belia Dan Masyarakat MPAJ serta Pegawai Kewangan MPAJ.



PERKARA-PERKARA DI ATAS INI SEMUA MENJADI PENGALAMAN DAN PENGAJARAN BERGUNA DALAM KEHIDUPAN SEBELUM SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK FOKUS SEPENUH MASA KEPADA PERNIAGAAN DADDY DIN SENGKUANG CALIT

***********************************************************



Anda tidak perlukan kedai yang bayaran sewanya RM1500-RM3000 sebulan, anda juga tidak perlukan kiosk yang berharga RM1000 ke atas yang mana jika dirampas penguatkuasa anda akan mengalirkan air mata... Apa yang anda sebenarnya perlukan hanyalah:

(1) Meja lipat yang berharga RM50.00
(2) Kerusi yang berharga RM6.00
(3) Payung niaga yang berharga RM50.00
(4) Ini yang paling penting - Lokasi yang ramai giler orang bertumpu untuk beli makanan/minuman pada waktu rehat tengahari atau hujung minggu di taman rekreasi/taman tasik atau pasar malam(kerana anda hendak berniaga sengkuang calit secara bijak iaitu tidak lebih 3jam sehari)
(5) Ramah dengan pelanggan (Produk berkualiti tapi peniaga sombong pun tak guna...)

Takut DBKL atau pihak majlis kacau? Fakta sebenar dari pengalaman saya, dalam masa setahun, tidak sampai 5 kali sahaja saya disaman (tapi jangan pulak main bedal berniaga kat jalan TAR. Sejam sekali memang pegawai dia round)..
Sekali saman katakan RM100, 5 kali saman RM500. Ataupun barang niaga kita yang bernilai tidak sampai RM200 disita..Dalam setahun tu pendapatan kita senang2 je nak bayar saman DBKL tu. Yang penting, kita harus pandai menyimpan sedikit hasil pendapatan kita untuk tujuan kecemasan seperti bagi membeli semula peralatan niaga.





NOTIS ASAL KESALAHAN BERNIAGA TANPA LESEN. KALAU ADA DUIT, CUBA BAYAR DALAM TEMPOH SETAHUN DUA DARI TARIKH SAMAN. KALAU TAK, AKAN DAPAT SURAT SAMAN MAHKAMAH MACAM DI BAWAH NI....






INI NAMANYA NOTIS SAMAN MAHKAMAH. PERINGKAT PALING AKHIR UNTUK KITA TANGGUHKAN BAYAR SAMAN BERNIAGA TANPA LESEN. BIASANYA DAPAT SETELAH 2-4 TAHUN DARIPADA TARIKH SAMAN ASAL PIHAK MAJLIS. 




 INILAH RUPANYA DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DBKL...SEJUK...SELESA...NAK TAKUT APA...KITA BUKAN JUAL MERCUN, DADAH ATAU VCD LUCAH...SEKADAR TIDAK MENGIKUT PERATURAN TEKNIKAL CIPTAAN MANUSIA...DUNIAWI JE SEMUA TU....







KENA READYKAN DUIT UNTUK BAYAR DENDA DI MAHKAMAH. MASA HAKIM MAHKAMAH TANYA MENGAKU SALAH ATAU TIDAK, IKUT AYAT SKRIP SAYA
 " SAYA MENGAKU BERSALAH YANG ARIF DAN MOHON RAYUAN DIKURANGKAN DENDA KERANA....(BAGI CERITA SEDIH SKET..) SAYA SEKARANG DAH TIDAK BERNIAGA LAGI DI TEMPAT TERSEBUT. MOHON YANG ARIF PERTIMBANGKAN RAYUAN SAYA."

ANGGAPLAH DUIT BAYAR DENDA NI SEBAGAI SEBAHAGIAN BAYARAN SEWA TAPAK KITA BERNIAGA DI TEPI JALAN... JAUH LEBIH MURAH DARIPADA KITA MENYEWA KEDAI ATAU KIOSK BERIBU RINGGIT SEBULAN DALAM SHOPPING KOMPLEKS YANG BELUM TENTU LAGI ADA CUSTOMER DATANG SETIAP HARI...

JADI, KALAU RASA TAK NAK NAIK MAHKAMAH, MASA DAPAT SAMAN MAJLIS MULA2 TU, KUMPUL LA DUIT RM5-10 SEHARI DARIPADA DUIT KEUNTUNGAN...CUKUP DUIT LEPAS BEBERAPA BULAN, PERGI BAYAR SAMAN MAJLIS...KALAU PERALATAN KENA SITA, DUIT SIMPANAN TU BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BELI PERALATAN BARU...

MUDAH BUKAN BERNIAGA DI JALANAN?










MENJUAL SENGKUANG CALIT DI TEPI JALAN TESCO AMPANG SUATU KETIKA DAHULU SEBELUM MENUMPUKAN SEPENUH MASA KEPADA MENJADI PEMBEKAL
















T-Shirt (NOT FOR SALE)
















Baju Korporat untuk urusan pemasaran di hotel,restoran dan sebagainya....


(NOT FOR SALE)













MOTOR SPACE COP GABAN

(banyak jasa motor ni kat saya...rosak camner mahal pun kos repair akan saya repair gak...dijual tidak sama sekali...)



 *Pandangan sisi
 *Pandangan hadapan
 *Pandangan belakang
*Menjual lai chee kang, soya dan sengkuang calit di belakang Menara MIDF, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur suatu ketika dahulu....
Pandangan belakang nak pergi berniaga. Dalam plastik hijau tu ada lai chee kang dalam cawan plastik.

Pandangan depan nak pergi berniaga..alah bisa tegal biasa..

Ini menu soya yang saya jual atas motor suatu ketika dahulu..sape nak tiru silakan..saya halalkan dengan niat nak bantu orang nak berniaga...



Mengubahsuai kotak GiVi menjadi cooler boxes dengan bantuan Coleman Chillers (rm7 sepeket) dan pelindung matahari kereta (rm4 sekeping)...Kualiti Lai Chee Kang terjaga kerana sentiasa sejuk ketika jualan dan boleh bertahan sehingga 4-5hari jika disimpan sejuk dalam peti ais. Motor menjadi ringan tanpa berat ais dan tidak basah dengan air ais yg telah cair...badan tidak mudah penat kerana beban motor berkurangan berbanding menggunakan ais dan cooler box biasa..

Total kos modifikasi termasuk 10 peket chillers tidak sampai rm100 (tidak termasuk kos kotak GiVi).

Anda boleh jual bermacam produk lain menggunakan motorsikal seperti buah2an dan steamboat di masa lapang dan hujung minggu lantas menjana pendapatan sampingan untuk keluarga...dan tanpa perlu declare kat LHDN...





MEMORI KETIKA BERNIAGA MENGGUNAKAN MOTORSIKAL DI JALAN RAJA CHULAN

*Update: Saya sekarang tidak lagi menjual sengkuang calit di tapak ini kerana diserang sakit jantung dan darah tinggi. Doktor menasihati supaya mengurangkan berat motor yang dibawa. Sebab itu saya giat memasarkan pakej DIY dan memberi peluang untuk sesiapa yang berminat menjadi peniaga supaya pelanggan masih dapat merasai sengkuang calit di mana-mana dan pada bila-bila masa....






*Tray kuning tu bekas letak sengkuangla..letak atas kerusi lipat dalam beg tu..tengah kemas nak balik daa...



Jangan salah faham,saya sekadar berkongsi bagaimana caranya saya berniaga. Anda tidak perlu ikut cara saya, sebaliknya dengan menggunakan meja lipat, kerusi dan payung, anda sudah lengkap untuk berniaga. Yang penting, lokasi..lokasi..lokasi...Jangan buang masa berniaga 6-7jam berterusan di lokasi yang kurang orang yang menyebabkan banyak masa anda sebenarnya terbuang menunggu customer...sedangkan realitinya jika lokasi yang anda pilih menjadi tumpuan ramai,anda boleh berniaga hanya 2-3jam sewaktu customers benar2 ramai pada ketika itu....


Faham ye...?




ANTARA USAHAWAN-USAHAWAN
 DADDY DIN
(SATU KAWASAN, SATU PENIAGA)

JIKA BERLAKU PERTINDIHAN KAWASAN, PIHAK YANG TERKEMUDIAN DISARANKAN BERPINDAH KE LOKASI LAIN AGAR TIDAK MENGGANGGU PIHAK YANG TERDAHULU. BUMI ALLAH SWT INI LUAS...JIKA PERLU, BERUNDING SESAMA KAMU DENGAN BERHEMAH AGAR MENDAPAT PERSETUJUAN BERSAMA...JIKA TIDAK, SAYA TERPAKSA MENGGUNAKAN KUASA VETO SAYA BAGI MEMBEKUKAN BEKALAN PIHAK TERKEMUDIAN YANG TIDAK MAHU BERTOLAK ANSUR.

KEPONG

EN RAFIQ...MANAGER PETRONAS MANJALARA KEPONG




PERAK



ENCIK KAMAL AKSAH DAN ISTERI SANGGUP TURUN DARI IPOH SEBULAN SEKALI MENAIKI ETS/KERETA BAGI MENGAMBIL BEKALAN. BELIAU MENJUAL DENGAN HARGA RM1.00 DAN RM1.50, WALAUPUN HARGA RENDAH TETAPI RAMAI CUSTOMERS DAN SALES TINGGI.. TETAPI SAIZ SENGKUANG DIKECILKAN SEDIKIT...
(UPDATE: dah x jual RM1.00 lagi pasal buah sengkuang dah naik harga...)




SELANGOR

Encik Faizal Aksah  (adik encik Kamal di atas) dan isteri Puan Nurul Ain dari Banting Klang...keduanya penjawat awam di Putrajaya yang dahulunya pernah berniaga di pasar malam dan menyewa di restoran-restoran. Atas isu teknikal, mereka sekarang sedang dalam proses mencari tapak niaga baru di sekitar Shah Alam ...kekadang jual kepada rakan-rakan di pejabat beliau pada waktu tengahari...




Isteri Encik Faizal sedang diwawancara oleh krew 'Nasi Lemak Kopi O TV9' untuk segmen "Duit" siaran pagi ahad 16/02/2014





DJ LIN DARI SEGMEN SURIA CINTA, SURIA FM



Encik Fahmi dari Bangi..berniaga hujung minggu berhampiran PKNS kerana bekerja tetap di Syabas...









KUALA LUMPUR 








CIK NURUL PELAJAR KOLEJ POLYTECH MARA SHAMELIN YANG MENYEWA TAPAK NIAGA DALAM KOLEJ BERSAMA RAKANNYA...
MENDAPAT LIPUTAN BERITA HARIAN BERTARIKH 10 APRIL 2014 SEGMEN USAHAWAN MUDA.








JOHOR 




 Dealer saya di Johor Bharu Puan Zalita dan suaminya (013-7812781). Mereka berdua merupakan dealer saya yang paling aktif dan berjaya setakat ini.  



 Suami Puan Zalita mengambil stok buah sengkuang terus dengan pemborong bagi mendapatkan harga terendah, di samping dapat memilih buah sengkuang yang elok dan segar dari ladang.










 PAHANG





ENCIK IJAT 013-9869674 DARI TEMERLOH. SANGGUP TURUN KL NAIK BAS DAN NAIK LRT KE PANDAN JAYA BAGI MENGAMBIL BEKALAN BAHAN-BAHAN. BEKERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM DI JABATAN PERANGKAAN. 

BELIAU MENGAMBIL PENDEKATAN UNTUK REBRANDING DAN HANYA MENGGUNAKAN SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENDUDUK SETEMPAT.






ENCIK HAFIZ 014-8177037 DARI MENTAKAB, PAHANG. JUGA SEORANG PENJAWAT AWAM DARI JABATAN PERANGKAAN.




Encik Kamal dari Kuantan

Gerai dimiliki Encik Rahman dari Bandar Jengka Pahang...



KLANG






ENCIK AZLAN  DARI BANDAR ARMADA PUTRA, PELABUHAN KLANG. BERNIAGA DI HADAPAN RUMAH SAHAJA. MENSASARKAN PELAJAR SEKOLAH DAN MENGGUNAKAN STRATEGI JUAL MURAH DAN SALES TINGGI.









ENCIK MISNAN  DARI TAMAN PEREPAT INDAH KLANG...BERNIAGA DI HADAPAN RUMAH SELEPAS BALIK KERJA HARI BIASA DAN HUJUNG MINGGU. BANYAK MENERIMA TEMPAHAN TERUTAMA KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH.


GOMBAK


ISTERI KEPADA ENCIK FAUZI     DARI KAMPUNG KERDAS DAN SUNGAI MULIA, GOMBAK. BERNIAGA DI HADAPAN RUMAH SAHAJA.






CIK AYU  (BERBAJU BIRU) DARI KELANTAN YANG MENCARI PENGALAMAN BERNIAGA DI TAPAK PESTA KONVO UKM 2013 BERSAMA RAKAN-RAKANNYA.




 Gerai Encik Borhanuddin

ENCIK BORHANUDDIN DARI SELAYANG..DENGAN KEADAAN DIRI YANG SEBEGITU, SANGGUP NAIK BAS DARI SELAYANG DAN TRANSIT LRT KE PANDAN JAYA SEMATA2 UNTUK AMBIL BEKALAN.





Puan Mas bersama suami dari Sungai Buloh



Puan Sha dari Terengganu yang mengambil peluang berniaga di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana (Pejabat Tun Dr Mahathir) di Putrajaya sempena Hari Terbuka+Pesta Buku+Pertandingan Memancing 2013.






PENSYARAH MENJADIKAN DADDY DIN SENGKUANG CALIT SEBAGAI PROJEK PRAKTIKAL OLEH PARA PELAJAR DI KOLEJ POLYTECH MARA BANGI. MEREKA MEMPELAJARI ASAS KEUSAHAWANAN DI CAFE KOLEJ DAN MEMPEROLEHI PENGALAMAN SEBENAR YANG TIDAK DIAJAR DALAM BUKU TEKS.







Encik Faizal dari Bandar Tun Hussein Onn Cheras yang mencari pengalaman berniaga pada bulan Ramadhan 2013 lalu. 





Encik Hafiz dari Klang yang mencari pengalaman berniaga hujung minggu di Pantai Remis, Kuala Selangor...ditemani isteri beliau. 


NEGERI SEMBILAN

Puan Aqydah bersama suami dari Senawang








KELANTAN


ENCIK ADAM YANG MENCARI PENGALAMAN BERNIAGA DI PANTAI IRAMA, BACHOK PADA HUJUNG MINGGU.




PERINGATAN PENTING!!!

 Kalau nak buat jenama sendiri, pastikan jenama itu sentiasa dipromosikan dan disokong dengan persembahan servis yang baik dan barang yang berkualiti (bagi yang tidak menggunakan 100% bahan dari Daddy Din). Jika tidak, pelanggan akan menganggap anda sekadar pesaing perniagaan Daddy Din dan akan membanding2kan servis dan kualiti sengkuang calit jenama masing-masing. Dan akhirnya, jualan akan merudum dan seterusnya gulung tikar. Jadi, jika rasa belum cukup kukuh dan bersedia, guna sahaja jenama Daddy Din...ia bukan francais dan keuntungan 100% milik anda...





TESTIMONI USAHAWAN & PELANGGAN DADDY DIN

















BERNIAGA DARI RUMAH NON-LANDED

Kepada yang tinggal di non-landed dan nak berniaga sengkuang calit dari rumah, anda boleh membuat flyers seperti ini, print, photostat dan edarkan di peti surat setiap penduduk. Satu kertas A4 boleh bahagi 4 ruang...Ulangi langkah promosi 3minggu atau sebulan sekali..Bakal pelanggan anda bukan sahaja dari kaum Melayu, malah Cina dan India turut meminatinya...

Tak payah bayar sewa kedai merapu mahal tapi orang belum tentu ada..berniaga dari rumah free...siang malam customers ada insyaallah...




ANTARA KATA-KATA MOTIVASI YANG MENJADI PEGANGAN SAYA SEBELUM,SEMASA DAN SELAMA INI...







GADGETS (Not For Sale)


Sengkuang Calit Belt...Bawa cooler atas troli pasar...seret ke lokasi yg ramai orang...




MOBILE VENDING TRAY...REKA SENDIRI...NAK BERNIAGA KAT LOKASI YANG TAK BOLEH BUKA MEJA TAPI RAMAI ORANG...




Testimoni dari salah seorang pelanggan yang berpuas hati...









.





***************************************************************************








PERNAH MENJADI AJK PIBG SEKOLAH ANAK. TETAPI KERANA FAKTOR KESIBUKAN MASA, KONFLIK DALAMAN KERANA KELANTANGAN SAYA BERSUARA, DAN KERENAH BIROKRASI DAN AUTOKRASI YANG MENGHALANG SAYA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN DRASTIK DEMI KEBAJIKAN PARA PELAJAR, MAKA JALAN TERBAIK ADALAH DENGAN  SAYA MELETAKKAN JAWATAN. 





 *********************************************************************************************







SAYA MEMANG MINAT KUCING. DAH LAMA TAK BELA KUCING SEJAK ISTERI MENGANDUNG 7 TAHUN LEPAS. TETIBA DATANG PLAK KUCING BETINA CANTIK, MANJA,SUKA BERMAIN TAPI BUTA MATA SEBELAH...DIA DATANG MASA SAYA TENGAH JEMUR KAIN KAT LUAR. BAGI MAKAN SEKALI TERUS MELEKAT TAK NAK BEREDAR. SEKARANG JAGA KUCING NI DAH MACAM JAGA ANAK KEDUA PLAK SIBUKNYA.

NAMANYA MOLLY....


KALAU BELI APA2 MAKANAN MACAM AISKRIM KENA BELI DUA...SATU UNTUK ANAK LELAKI, SATU UNTUK 'ANAK BETINA'....SUPAYA TAK BERGADUH....





DAN INILAH HASILNYA APABILA SI MOLLY TADI BERKAHWIN DENGAN BOHJAN JALANAN....





SELAGI TAK PELUK USAP2 KEPALA DAN PERUT, JANGAN HARAPLA BOLEH PERGI BERNIAGA...








Temujanji dan pengesahan tempahan harus dibuat sehari dua sebelum penghantaran@self pick up bagi memastikan masa dan tempahan yang dikehendaki boleh disiapkan dan diaturkan terlebih dahulu ke dalam jadual harian saya. Harap maklum, kerana saya seorang SUPERDAD yang berpegang teguh pada prinsip teratur dalam segala hal...saya juga tegas dan garang...penat tapi bahagia...:)








JADI KALAU KORANG MAIN BELASAH JE NAK JUMPA DAN ORDER LAST MINUTE MASA TU JUGA ATAU CANCEL ORDER DAN DIAM JE TAK MAKLUMKAN APA-APA, MEMBUATKAN SAYA KERUGIAN SLOT MASA,



"BEWARE...SUPER DAD AKAN BERTUKAR MENJADI THE INCREDIBLE HULK!!!" HAHAHAHA...











PENGHANTARAN MELALUI KURIER GUNA KOTAK PRABAYAR POSLAJU



Caj kurier RM 30 (RM31.90 termasuk SST) pula untuk berat maksimum 10kilo ke bawah menggunakan kotak prabayar poslaju saiz L. Walaupun begitu, hanya 9kilo bekas sos sahaja yang muat dalam ruang kotak.. Dan jika order keseluruhan 9 kilo sos, berat bekas, suratkhabar serta berat kotak itu sendiri pula akan melebihi berat 10kilo dan seterusnya dikenakan caj extra tambahan sebanyak RM 3.20 bagi setiap lebihan 1 kilo. 

 (RUJUK PEKELILING TERBARU POSLAJU 1 OKTOBER 2015)


 Biasanya kalau order sos maksimum 6 kilo dan bakinya 3 kilo kacang, tidak akan melebihi berat maksimum 10 kilo had berat kotak dan TIDAK AKAN dikenakan caj extra tambahan sebanyak RM 3.20...


MALAYSIA DARUL CUKAI....BERCUKUR.....



 INILAH PEKELILING TERBARU OLEH POSLAJU SEJAK 1 OKTOBER 2015...SUDAHLA KENA SST...KENA LAGI EXTRA CAJ RM3.20....





 INI CONTOH JIKA ORDER 9KILO SOS MERAH ATAU SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG. AKAN DIKENAKAN CAJ EXTRA TAMBAHAN RM 3.20 OLEH POSLAJU. PASAL DAH LEBIH 320GRAM.





INI CONTOH JIKA ORDER 6KILO SOS DAN 3KILO KACANG. TIDAK DIKENAKAN CAJ EXTRA TAMBAHAN RM 3.20...POSLAJU HANYA MEMBENARKAN LEBIHAN BERAT SEBANYAK 100 GRAM SAHAJA SEPERTI YANG TERTERA DI GAMBAR.





SETIAP BARIS HANYA BOLEH MUAT 3 KILO BEKAS SOS...SATU KOTAK PRABAYAR POSLAJU 10KILO RM31.90 (termasuk SST) BOLEH MUAT 3 BARIS SAHAJA. MAKANYA UNTUK SOS HANYA DAPAT 9 KILO SAHAJA UNTUK KURIER. 

KACANG WALAUPUN DALAM PLASTIK, YANG BOLEH ISI HANYA 9 KILO ATAS FAKTOR CAJ EXTRA LEBIHAN BERAT.
SURATKHABAR DIMAMPATKAN DI BAHAGIAN BAWAH BAGI MENYERAP HENTAKAN JIKA KOTAK DIHEMPAS OLEH PEKERJA POS.





CONTOH ORDER DEALERS DARI JOHOR, PERAK, TERENGGANU, KEDAH DAN NEGERI SEMBILAN SIAP UNTUK DIPOSKAN.

NAK BAGI SEDAPKAN HATI KERANA KOS KURIER YANG AGAK TINGGI, ANGGAPLAH IA SEBAHAGIAN DARI KOS SEWA TAPAK NIAGA DAN JAUH LEBIH MURAH DARI KOS ULANG-ALIK KE KUALA LUMPUR. KEUNTUNGAN DARIPADA HASIL JUALAN BERKALI GANDA DARI KOS KURIER INI.


MAKSIMUM SEKALI JALAN YANG SAYA BOLEH BAWA IALAH 30 KILO (3 KOTAK PRABAYAR POSLAJU RM30). BILA ORDER BANYAK DITERIMA SAYA TERPAKSA KE PEJABAT POSLAJU 2-3KALI SEHARI. KENAPA NAIK MOTOR? POSLAJU CHERAS BELAKANG RUMAH NI TERSANGAT LA SESAK...PARKING TAK CUKUP...JALAN MASUK SEMPIT...BUANG MASA CARI PARKING DAN TERPAKSA JALAN JAUH KALAU BAWA KERETA...


PENGHANTARAN MELALUI BAS?

SANGAT MUSTAHIL KERANA:

1. STESEN BAS YANG JAUH DARI RUMAH. JALAN SESAK, DENGAN BAYARAN PARKING MAHAL...TIDAK REALISTIK DAN MENYUSAHKAN.

2. JADUAL DRIVER BAS YANG TIDAK KONSISTEN DAN MEMBUANG MASA DAN MENGGANGGU JADUAL SAYA YANG TERSEDIA SIBUK.

3. DRIVER TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BARANG HILANG ATAU PECAH KETIKA PENGHANTARAN.

4. SUHU PANAS DALAM TEMPAT PENYIMPANAN BAWAH BAS BERDEKATAN ENJIN AKAN MENJEJASKAN KUALITI PRODUK.




HUBUNGI SAYA


 Jika anda terus ke bahagian akhir untuk mengetahui no hp saya, tolong baca dulu blog ini dari mula sebelum menghubungi saya dan bertanyakan maklumat asas seperti harga sos, cara potong dan sebagainya yang sudah tersedia saya paparkan. Saya tidak mahu menanam budaya pemalas di kalangan usahawan Bumiputra khususnya atau pun pelanggan biasa amnya.


Email saya: sosmerahsengkuangcalit@gmail.com ataupun sms/whatsapp  saya untuk makluman jumlah yang perlu dibayar dan sertakan sekali nama dan alamat penuh bagi tujuan penghantaran di talian 012-3125676 (AIZUDDIN ISMAIL)


"SMS / WHATSAPP SAHAJA KERANA SAYA MEMERLUKAN BUKTI HITAM PUTIH ORDER ANDA DAN MUDAH UNTUK COPY PASTE JAWAPAN ATAU GAMBAR BAGI SOALAN ASAS YG BERULANG SERTA MUDAH UNTUK ANDA RUJUK REKOD SMS / WHATSAPP JIKA TERLUPA APA2 MAKLUMAT YANG TELAH DISAMPAIKAN..."





NO AKAUN MAYBANK 112241055183 : AIZUDDIN ISMAIL

NO AKAUN CIMB
14300005102527 : AIZUDDIN ISMAIL

Saya memerlukan satu-dua hari bekerja bagi memproses pesanan anda, bergantung kepada jumlah pesanan keseluruhan yang saya terima pada hari tersebut.


Sekali lagi, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.


"Daddy Din Sengkuang Calit - Gigit Sekali Pasti Nak Gigit 
Lagi..."



*Daddy Din Sengkuang Calit telah didaftarkan di bawah Daddy Din Diablos Global (SSM 002718278-K)










Disclaimer: Segala kandungan dalam blog ini adalah hasil asal idea saya. Sebarang bentuk penggunaan gambar atau ayat hendaklah memberi kredit atau rujukan kepada blog ini. Harap maklum..